www.bharian.com.my

Fitri Shaari (depan) dihalang pemain TNB dalam perlawanan MHL di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang semalam.

Terengganu  rentap ego  TNB

Kuala Lumpur: Pasukan gergasi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekadar seri 4-4 dengan pendatang baru Terengganu pada aksi sulung Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang semalam.

“Kami melakukan banyak kesilapan di bahagian pertahanan dan memberikan lawan (Terengganu) menjaringkan gol. Ketika kami menyerang, kami membuka ruang di bahagian pertahanan dan membolehkan lawan menjaringkan gol.

“Ia menjadi kebimbangan saya ketika ini dan kami perlu mengatasinya segera,” kata jurulatih TNB, Nor Azlan Bakar sejurus tamat perlawanan.


TNB bagaimanapun terlebih dulu berada di depan hasil kesilapan pemain pertahanan lawan, Mohd Shahrun Nabil yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-13 sebelum Faisal Saari meledak gol kedua hasil pukulan sudut penalti 10 minit kemudian.

Sapura, Nur Insafi sama liat

Tersentak dengan dua gol TNB itu, Terengganu kembali bangkit apabila Sufi Ismat M Rohul Amin merapatkan jurang gol pada minit ke-30 sebelum tonggak kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

Berselang seminit kemudian, giliran Terengganu mendahului perlawanan apabila Fitri Saari menyumbat gol ketiga, tetapi Faisal kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-45.
Tatkala Terengganu dilihat bakal meraih mata penuh selepas Sobirin Ilias menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-65, Muhammad Ramadhan Rosli menyelamatkan maruah TNB apabila menyumbat gol penyamaan dua minit kemudian.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Liga Premier, Sapura dengan Nur Insafi Warriors berkesudahan seri 1-1 manakala saingan Liga Divisyen Satu menyaksikan Uniten KPT menewaskan Sunday 2030 3-1, MBI tewas 2-4 di tangan UiTM dan TNB Thunderbolts membelasah SSTMI 6-0.

Keputusan

Liga Premier
TNB... 4 Terengganu... 4
Sapura... 1 Nur Insafi Warriors...1
KLHC... UniKL...

Jadual Hari Ini: Liga Premier

Maybank mln Terengganu
(Std Hoki Nasional Bukit Jalil, 6 ptg)

Esok

Nur Insafi mln UniKL
(Std Hoki USM Pulau Pinang, 6 ptg)

Sapura mln Maybank
(Std Hoki Nasional 2 Bukit Jalil, 6 ptg)

Perlawanan Sumbangsih
TNB mln KLHC
(Std Hoki Nasional Bukit Jalil, 8 mlm)



 

 

Copyright Dhaliwal Event Management Sdn Bhd © 2013. All Rights Reserved.